Unsur-Unsur Seni dan Penjelasannya

Unsur Unsur Seni

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam pengubahan suatu karya seni visual hingga dapat dinikmati, yaitu:

1. Garisan

  • Garisan yang pelbagai rupa boleh menghasilkan pelbagai rupa,bentuk atau objek.
  • Cantuman pelbagai garisan boleh menghasilkan pelbagai bentuk seperti bintang, kotak,rumah dsb.
  • Dari sudut matematik, garisan ialah (Bila satu titik bergerak, garisan terhasil. Bila dua titik disambung garisan terhasil).
  • Umumnya, garisan terhasil daripada percantuman titik-titik.

Jenis-Jenis Garisan

Garisan mempunyai pelbagai sifat. Ianya memberi pengertian dan fungsi yang berbeda. Terdapat garisan tebal, kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terputus, berbulu dan sebagainya.

Fungsi Garisan

Garisan berfungsi untuk menghasilkan jalinan, rupa, bentuk, ruang, ton dan pergerakan dalam sesuatu karya.

2. Rupa

Rupa ialah sesuatu yang rata dengan permukaannya yang kosong dan bersifat 2 dimensi. Rupa terhasil apabila satu garisan bercantum kedua ujungnya.

Jenis-Jenis Rupa

  • Rupa positif dan negatif
  • Rupa geometri
  • Rupa organik

Fungsi Rupa

Rupa berfungsi untuk menghasilkan corak, bentuk, ruang dalam sesuatu karya.

3. Bentuk

Bentuk dibagi menjadi dua, yaitu bentuk geometris dan non geometris. Bentuk geometris adalah bentuk yang terdapat dalam ilmu ukur (kubistis) seperti balok, kubus, maupun bentuk silindris seperti tabung dan kerucut. Sedangkan bentuk non geometris merupakaan bentuk alamiah seperti bentuk yang meniru tubuh manusia, hewan, atau pohon.

4. Ruang

Ruang dapat dibagi menjadi dua, yakni ruang non fisik (ilusi), seperti ruang yang dihasilkan dari kesan lukisan. Sedangkan ruang berikutnya adalah ruang bentuk nyata, seperti ruang rumah.

5. Jalinan

Jalinan adalah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek.

Jenis-Jenis jalinan

  • Jalinan sentuh (yang boleh dilihat dan pegang)
  • Jalinan tampak ( yang terdapat pada permukaan 2 dimensi yang tidak dapat disentuh tetapi dihayati secara visual- hanya kelihatan.

Fungsi Jalinan

  • Menunjukkan konsep ruang/jarak di dalam sesuatu gubahan
  • Menimbulkan keindahan seperti corak pada badan rama-rama dan perhiasan jubin atau pada dinding rumah

6. Warna

  • Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu hasil karya.
  • Warna mempengaruhi kehidupan manusia.
  • Warna terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira manakala warna gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.
  • Dalam seni visual warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.
  • Tujuan utama teori warna dipelajari adalah bertujuan memahami ciri-ciri warna dan cara mengaplikasikannya dalam aktiviti seni visual.
  • Warna dihasilkan oleh cahaya. Ia terhasil apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.
  • Warna ialah tindak balas visual terhadap gelombang cahaya yang dikenal sebagai merah, biru, hijau dan sebagainya. Apabila cahaya putih menembusi prisma, spektrum warna-warna terhasil.
Previous Post Next Post